Kerjaya kelab Jonathan Ikoné

Paris Saint-Germain

Ikone melakukan penampilan sulungnya pada 28 September 2016 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Ludogorets dengan menggantikan Ángel Di María pada minit ke-88 dalam perlawanan yang berkesudahan kemenangan 3-1.[3] Beliau melakukan penampilan sulungnya dalam saingan Ligue 1 pada tiga hari kemudian semasa menentang Bordeaux. Beliau sekali lagi menggantikan Di María pada minit ke-88 permainan yang berakhir dengan kemenangan 2-0 di gelanggang sendiri.[4]

Montpellier

Pada 18 Januari 2017, Ikoné telah dipinjamkan ke kelab Montpellier untuk menghadapi saki-baki musim.[5] Beliau melakukan penampilan sulungnya bersama Montpellier pada tiga hari kemudian ketika menentang Metz dengan beraksi penuh sehingga wisel penamat.[6]

Lille

Pada 1 Julai 2018, Ikoné berpindah ke kelab Ligue 1, Lille dengan menandatangani kontrak selama lima tahun.[7]

Rujukan

WikiPedia: Jonathan Ikoné http://www.uefa.com/under17/season=2015/technical-... http://sport24.lefigaro.fr/football/transferts/fil... http://www.leparisien.fr/espace-premium/essonne-91... http://www.psg.fr/fr/Association/4010013/Fiche-Jou... https://www.beinsports.com/us/euro-2020-qualifiers... https://int.soccerway.com/matches/2016/09/28/europ... https://int.soccerway.com/matches/2016/10/01/franc... https://int.soccerway.com/matches/2017/01/21/franc... https://int.soccerway.com/players/nanitamo-ikone/3... https://www.lequipe.fr/Football/Actualites/Psg-jon...